Saturday, September 24, 2011

Soalan Tutorial (PE) Tajuk 2

tajuk 2:- teori permintaan , penawaran dan keseimbangan pasaran

...sebelum  itu lihat pembahagian soalan kepada kumpulan2...


SOALAN 1 & 8

KUMPULAN A5 & B2-B5

SOALAN 2 & 6
KUMPULAN A2 & B3

SOALAN 3 & 5
KUMPULAN A1-A3 & B4

SOALAN 4 & 7
KUMPULAN A4-A6 & B1



o.k,, nie soalan nye pulak..


SOALAN SATU

1.    1.  Terangkan kesan terhadap tingkat harga dan kuantiti keseimbangan dalam setiap keadaan berikut:

a)         Pertambahan permintaan
b)        Pengurangan penawaran
c)         Pertambahan permintaan melebihi pertambahan penawaran
d)        Pengurangan permintaan melebihi pertambahan penawaran.

2.      2.  Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan secara ringkas kesan daripada penggunaan teknologi baru       dalam pengeluar antek stil terhadap keseimbangan pasaran.



SOALAN DUA

1.     1.  Terangkan perbezaan antara konsep berikut:

a)         Pergerakan di sepanjang keluk permintaan.
b)        Peralihan keluk permintaan.

2.       2.  Mengapakah seorang pengguna yang rasional akan meningkatkan kuantiti diminta sesuatu barang apabila harga barang jatuh dan mengurangkan kuantiti diminta sesuatu barang apabila harga barang naik?



SOALAN TIGA

1.      1.  Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan permintaa nsesuatu barang itu bertambah.

2.                                      (a)    Keluk permintaan tidak semestinya mencerun ke bawah dari kiri kekanan.
Terangkan bagaimana  keadaan ini boleh terjadi.

                (b)   Bagaimanakah perubahan saiz penduduk boleh mempengaruhi permintaan bagi
                        sesuatu barangan?



SOALAN EMPAT

       1.           Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan pasaran?

       2.           Terangkan kesan daripada perkara-perkara berikut terhadap harga dan kuantiti keseimbangan kereta VIVA di Malaysia 

a.       Pendapatan rakyat Malaysia meningkat
b.      Kerajaan menaikkan cukai terhadap petrol
c.       Syarikat perwaja berhad dapat meninggkatkan pengeluaran besi dengan banyaknya
d.      Nilai ringgit di pasaran mata wang asing telah merosot



SOALAN KUANTITATIF

SOALAN LIMA


1.  Sebuah pasaran terdiri daripada 10 orang pengeluar dan 20 orang pengguna. Fungsi penawaran bagi setiap pengeluar dan fungsi permintaan bagi setiap pengguna adalah seperti berikut :

Qs           =  50 + 5P
Qd          =  200 – 1P

Di mana,

Qd          =  Kuantiti diminta (unit)
Qs           =  Kuantiti ditawarkan (unit)
P             =  Harga (RM)
a)         Tentukan:
                                               i.            Fungsi penawaran pasaran.
                                             ii.            Fungsi permintaan pasaran.

b)           i.          Jika tingkat harga dalam pasaran naik sebanyak 10%, berapakah lebihan permintaan atau lebihan penawaran?


  ii.          Jika tingkat harga baru dalam (b)(i)  merupakan tingkat harga keseimbangan  tentukan fungsi penawaran yang baru. 




SOALAN ENAM

Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara tingkat harga dengan kuantiti diminta dan kuantiti ditawarkan bagi sesuatu barang.

Harga
(RM)
Kuantitidiminta
(unit)
Kuantitiditawarkan
(unit)
1
61
0
2
53
10
3
45
20
4
37
30
5
29
40
6
21
50
7
13
60

a)      Tuliskan fungsi permintaan dan fungsi penawaran.
b)      Lakarkan keluk permintaan dan keluk penawaran.
c)       Berdasarkan lakaran dalam (b), berapakah harga dan kuantiti keseimbangan?
d)    Andaikan harga barang pengganti bagi barang ini naik, maka kuantiti diminta barang ini akan berubah sebanyak 20 unit pada setiap tingkat harga, ceteris paribus.
                                                                     i.            lakarkan keluk permintaan yang baru pada lakaran yang sama dalam (b).
                                                                   ii.            Berapakah harga dan kuantiti keseimbangan yang baru?




SOALAN TUJUH 

Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta dan kuantiti ditawarkan bagi gandum pada pelbagai tingkat harga.
Harga
(RM)
Kuantitidiminta
(unit)
Kuantitiditawarkan
(unit)
2
85
72
3
80
73
4
75
75
5
70
77
6
65
79
7
60
81
a)         Lakarkan keluk permintaan dan keluk penawaran bagi gandum. Berapakah harga dan kuantiti keseimbangan?
b)        Apakah yang berlaku pada tingkat harga RM 3?
c)         Apakah yang berlaku pada tingkat harga RM 6?
d)        Jika pendapatan pembeli gandum bertambah, apakah  yang akan berlaku kepada keluk permintaan tersebut?



SOALAN LAPAN 

  Berikut merupakan fungsi permintaan dan penawaran industri barang X.
P = 40 – Q
P = 4 + 2Q
dengan,
Q = kuantiti barang X (unit)
P = harga barang X (RM)
   Cukai per unit = RM9.00

1.  Berdasarkan maklumat di atas, jawab soalan berikut :
a)      Hitung kuantiti dan harga keseimbangan sebelum cukai.
b)      Hitung kuantiti dan harga keseimbangan selepas cukai.
c)       Hitung jumlah hasil cukai yang dipungut oleh kerajaan.
d)    Lakarkan rajah yang menunjukkan keseimbangan pasaran sebelum dan selepas cukai berdasarkan jawapan (a) dan (b).

No comments: